JS PROFILE

Perkenalan Pasal Diri Ini. 

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera. 

Pasti korang tertanya-tanya kan 'JS' tu apa. JS tu adalah singkatan nama bagi jOe_sTaRz. Panjang macam mana dapat nama ni. Meh aku singkatkan ceritanya. Nama JOE ni dapat dari masa Uni lagi. Kawan dengan ramai orang Kelantanise. Nama aku Faizulazhar Madzlan. Jadi Pejol. Z aku jadi J. Last-last diaorang tukar jadi JOE. Maka macam-macam la jadinya. Joe Jambul etc. 

 First Time p oversea - Bandung & Jakarta Indonesia

Tujuan blog ni saja suka-suka. Nak share apa saje. Terutamanya pasal Travelog aku. Aku menggelarkan diri aku KKT! Kaki Kuat Travel. Haha. Saja perasan and berangan. Actually, sebagai pembakar semangat tuk aku. Ringkasan tuk travel aku ni bermula pada tahun 2009 ke Indonesia bersama akak-akak aku and abang ipar aku. Semua cerita tu aku selitkan. Silalah kalau sudi baca k. Harap tak membosankan. 

First Time Solo Backpackers - 2012

Target aku memang la nak travel satu dunia. Tak tau la boleh capai ke tak. Doakan aku ok. Kalau bab travel, aku lebih more prefer Backpackers. Jimat. Makanan bagi aku bukan masalah. Sebab bukan kat Malaysia kita tak pernah makan kan. Start jadi solo backpackers masa tahun 2012. Can meet a lot of friends.

Sekiranya info yang aku bagi dalam ni salah. Korang bila-bila masa leh bagitau. Tak kisah melalui email atau apa je cara ok. 

Tapi dalam masa yang sama juga, aku akan update apa saje info pasal dunia, hiburan (sebab suka gossip), pasal malaysia tak kira politik (tak gemar sangat teman) atau apa saja. Harap  korang terhibur. 

Korang boleh contact aku melalui seperti di bawah: 

Message @ Whatsapp - 012-965xx65 (HaHa)

Sekian, 

-jOe_sTaRz-

Updated on 15th Oct 2014


No comments: