Monday, April 13, 2009

SunGai GaBaI oN 28th Feb '09

Erm alop kawan2. Mesti ada yang menantikan gambar2 masa pergi mandi manda kat Air Terjun Sungai Gabai kan...Erm aku pohon seribu kemaafan sebab lambat update...Bz sangat la sekarang. Kadang2 wat bz jer....Hehehehehehe...Takde la, memang betul2 bz....Tiada lakonan atau paksaan.

Erm serba sedikit aku nak imbas kembali perjalan ke puncak Air Terjun ni. Puncak ker? Huhuhuhu....Masa mula2 nak masuk jalan dia, ada orang mintak bayar RM2.00. Nampak macam tak betul jer orangnya. Dalam kata lain macam orang gila. Tiba2 aku terpengaruh. So bayar la. Then bila sampai kat dalam jer ada orang mintak bayaran lagi. Sekepala RM1.00. Huhuhuhu. Bila di soal siasat rupanya kat luar tu orang gila. Aku pun jadi gila sekejap. Patut la macam hampeh jer orang kat luar tu. Takpe dah rezeki dia nak wat macam mana kan.

Erm so bila dah parkir tu, naik la. Ya Ampun, tangga dia 85 darjah. Penat lutut aku. Dah la lama tak bersenam. Setelah lebih kurang 15min mendaki, sampai la tempat yang sesuai untuk terjun. Apa lagi, siap2 tukar baju dan seluar, makan dan minum sket, then terus terjun. Besnya....Lamanya tak mandi air terjun kan.

Sebelum tu aku nak senaraikan nama2 Makhluk Allah yang turut;
  1. jOe_sTaRz
  2. Ayu
  3. Mizah
  4. Kama
  5. Babuji
  6. Boss
  7. Lan
Kat sini aku tunjuk la sket gambar2nya untuk tatapan umum. Takde kaitan antara hidup dan mati k.



Pandangan Air Terjun Sungai Gabai yang sempat dirakamkan



Sempat posing sebelum berendam



Siap untuk Terjah




Gemuknya aku. So what?



Makhluk yang turut serta

Sunday, April 12, 2009

DeTik-DeTik 06.04.2009.....:)

Salam seme. Kesempatan ni aku nak coretkan detik2 25tahun aku....Erm mudanya :) Tak la menarik tulisanya. Tapi memorinya sangat menarik. Hanya orang yang melaluinya dapat merasainya. Tak gitu Joyah. Hahahahahaha

SloT 1: Aktiviti SePanJanG HaRi

Antara aktiviti aku sepanjang ari pada hari pertama bergelar 25 yo. Erm, banyak lagi, tapi ni jer dapat kongsi bersama. Ahaks

12.00 am
Mula dapat beberapa ucapan Happy Birthday. Terharu! Act dapat awal lagi. Huhu

07.30 am
Sengaja bangun lambat sebab tido agak lambat jugak. So agak terburu2 p kerja. Merempit la apa lagi.

08.35 am
Sampai kat opis wat rutin besa di waktu pagi. Buat air. Ari ni aku bersarapan cokelat.

09.15 am
Besday wishing from my colleagues. Malu la plak. Ye ar sebab 'muda' kan. Besnya. Huhuhuhu

12.00 pm
SMS whish masih di terima. :)

13.15 pm
Call Mak.

14.00 pm
Kerja makin banyak. Penatnya. Tapi aku teruskan jugak kerja ku sebagai seorang Graduate Engineer.

16.30 pm
Kawan Mizah aku ajak celebrate malam ni. Bukan ajakan tapi paksaan.

18.30 pm
Boss suruh stay back ari ni. Ayo aku dah gelabah. Akhirnya dapat lik awal gak. Bergegas ke mandi n p SACC Mall.

20.00 pm
P bayar duit kete WRN 8624. Erm dah 9 bulan. Macam baru jer pakai.

20.30 pm
Erm celebrate kat Secret Recipe SACC Mall ngan Ayu, Kama & Mizah. Before diaorang datang, aku lepak kat MPH Bookstore. Baca Buku Hiasan Dalaman. Bila la aku dapat beli rumah ni. Huhuhuhu

22.00 pm
Gerak lik Umah. Kenyangnya.

22.30 pm
Mengadap Komputer, update apa2 yang patut

12.30 am
Aku setat tido. Ngantuk nya

SloT 2: Orang2 Yang Bagi Wish

Ni la orang2 yang ingat besday aku. Erm yang lain tu tak tau la. Erm tak kisah la janji ada orang gak yang ingat n wish kat aku kan. Thanks for u all. Miz u dude

1. Yus (Wish dari 01.04.2009) - Tak ingat my exact besday
2. Azimie
3. Mizah
4. Gdot
5. Angah
6. Fazley
7. Fakry
8. Bank Islam
9. Mak
10. Along
11. Sis Kiena
12. Ayu
13. Ode
14. Zai
15. Faiz
16. Abah
17. Senah
18. Yunus
19. Abg Zack
20. Job Street
21. Minco - Bridge & Marine Division
22. Sunway Group
23. PR
24. Kama
25. Aimi
26. Friendster
27. Babuji (Orang terakhir yang ingat besday aku)

SloT 3: Hadiah

Slot terakhir untuk coretan kali ni adalah Hadiah. Ni lah adiah aku dapat kali ni. Bermakna la buat insan yang bernama 'Faizulazhar'. Thanks.....


Dari Minco - Sekeping Kad Ucapan

Dari Mizah, Kama & Ayu - Sehelai Baju G2000

Dari Ode - Satu Set Barangan Avon

Erm sekarang aku ngan wait adiah dari Family. Erm ye ar lama tak balik so tak dapat la adiahnya. Erm wait aku lik nanti baru la dapat kot. Bukan kot tapi pasti. Ahaks.

Itulah detik2 berumur 25 yo. Thanks.....

Sunday, April 5, 2009

WeLcoMe 06.04.09!!!

Dah sekian lama aku tak update aku nyer blog...Bukan apa,kadang-kadang tu malas sangat, kadang-kadang tu takde masa, kadang-kadang tu aku buntu dan macam-macam kadang-kadang lagi dalam pikiran aku ni....So takpela....As long as I remember my blog add, its enough to me.

This time I wanna to share about 06.04.09. Erm genap dah 25yo. Erm rasa macam berumur tapi hakikatnya aku muda lagi.....Hahahahahahaha....Ada tu sampai kata, erm u belajar kat U mana ek....Tapi yang tak besnya bila p shopping complex orang nak introduce barang2 pun tak pandang kita. Ye ar, muka tak mampu nak beli. Terasa aku...Takpe2, janji aku bahagia dengan idup aku sekarang.

Kat sini aku nak share ngan korunk aku nyer pencapaian selama 25 tahun aku idup. Erm mende yang aku rasa aku leh share la. The thing dat I think I can share;

  • Kenal ngan seseorang yang aku sayang sampai sekarang. Masa tu lebih kurang tengah tahun Form 1. Tak pernah aku lupa kat dia even 5min. Tapi dia dah tak ingat aku dah. Last jumpa tahun 2005. Hahahahahahaha
  • Dapat naik kapal terbang masa aku Form 4. Excited. Ye ar kita orang kampung. :)
  • Dapat masuk U. Bangga parents aku jap.
  • Dapat Diploma n Degree.
  • Dapat kenal kawan2 yang bagi aku gila-gila masa dua sem terakhir degree.
  • Dapat kerja as an Engineer.
  • Dapat pakai kete ngan titik peluh aku sendiri.
  • Dapat pakai kredit kad, Citibank (Citi Never Sleep). Ntah apa2. Lantak la kan. Ahaks.
  • Still takde awek. Tapi tahun ni aku dah jumpa betul2 orang macam mana yang aku suka. Masa tu kat Hakim. Hehehehehehe. Pas ni kena cari yang macam tu. Tapi aku takut plak sebab takut tak dapat apa yang kita nak ni.
  • Dapat p tempat2 yang aku teringin nak p macam Langkawi, Muzium Negara, Sunway Lagoon, Sabah etc. Yang ni aku akan wat slot untuk tempat2 nak dilawati. Tapi masanya tak tau bila. Mau aku dah bongkok nanti kot. Hahahaha
  • Banyak nye lagi tapi tak tertaip. Kang bosan plak nak bacakan.
Itu je la rasanya untuk kali ni k. Salam hormat.......